BORNEO HOUSING MORTGAGE FINANCE BERHAD

 

 

NOTIS MENURUT AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Akta Perlindungan Data Peribadi ("PDPA" atau "Akta") 2010 berkuatkuasa pada 15 November 2013. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, Borneo Housing Mortgage Finance Berhad komited untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami atau semasa dalam simpanan kami, dilindungi dan dipertahankan pada setiap masa.

Dalam hal ini, kami memberi jaminan bahawa data peribadi anda dan maklumat lain yang berkaitan yang anda berikan kami menerusi permohonan anda untuk pinjaman, simpanan tetap dan akaun simpanan, akan diproses oleh kami semata-mata bagi tujuan menyediakan produk itu dan perkhidmatan lain yang berkaitan .

Kami berjanji bahawa kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa mendapatkan persetujuan anda. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, kami mungkin membuat perjanjian dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan penting kepada kami. Ini memerlukan kami untuk berkongsi beberapa maklumat dengan mereka dan kami akan memerlukan mereka mengekalkan kerahsiaan maklumat dan tidak menggunakannya untuk sebarang tujuan lain.

 

Kami seterusnya mengambil langkah-langkah untuk memulakan kawalan dalaman yang bersesuaian untuk melindungi data peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan atau perubahan. Tempoh penyimpanan data itu hendaklah mengikut dasar pengekalan syarikat yang mungkin tertakluk kepada semakan berkala.

 

Anda mungkin ingin mengakses data peribadi anda yang disimpan oleh kami atau meminta untuk mengubah data yang tidak tepat, mengelirukan atau ketinggalan zaman. Sila hantar permintaan anda secara bertulis ke alamat yang dinyatakan di bawah. Apa-apa permintaan untuk meminda data peribadi mungkin tertakluk kepada bayaran.

 

Jika kerana apa-apa sebab anda tidak mahu nama dan butir-butir hubungan anda yang akan digunakan oleh kami atau mana-mana pembekal perkhidmatan untuk tujuan menghantar bahan-bahan promosi kepada anda, sila hantarkan permintaan anda kepada kami melalui pos, e-mel atau faksimili kepada alamat berikut:

 

Borneo Housing Mortgage Finance Berhad,

Menara Borneo Housing,

Lot 48, Jalan Ikan Juara 2, Sadong Jaya,

88100 Kota Kinabalu.

Nombor Faksimili: 088-268280

Email: customerservice.kk@borneohousing.com.my

 

Kami percaya bahawa anda bersetuju dengan syarat di atas berkenaan dengan pemprosesan maklumat peribadi anda. Jika anda tidak bersetuju dengan perkara di atas, sila hubungi kami seperti alamat di atas.